Buscar

Friday, March 1, 2013

Kurang Normal

Abnormal adalah ciri-ciri yang ditetapkan secara subjektif, diberikan pada mereka dengan keadaan difungsi atau jarang. Menetapkan siapa yang normal dan tidak normal adalah isu yang dipertikaikan dalam psikologi abnormal.

Terdapat beberapa kriteria biasa tentang abnormal.

Satu kriteria mudah adalah jarang secara statistik. Ini mempunyai satu kelemahan yang amat bijak, jujur, atau gembira adalah sama abnormal seperti yang sebaliknya. Dengan itu, tabiat abnormal dianggap jarang secara statistik dan juga tidak diingini. Criteria yang lebih terperinci adalah resah. Seseorang yang menunjukkan keadaan muram, bimbang, murung, dll dianggap tidak normal.

Malangnya, ramai orang yang kurang menyadari keadaan mental mereka sendiri, dan sementara mereka mungkin dapat dibantu, mereka tidak merasa perlu mendapatkannya.

Kriteria lain adalah moral. Ini memberikan banyak masaalah karena ia mustahil untuk mencapai persetujuan batin satu set moral untuk tujuan diagnosis. Satu kriteria yang sering digunakan adalah maladaptiviti. Sekiranya seseorang berkelakuan dalam bentuk memburukkan keadaan mereka, ia dianggap maladaptive.

Walaupun ia lebih ketat berbanding kriteria di atas, ia turut mempunyai kelemahan. Sebagai contoh, kelakukan moral termasuk membangkang dan ketidakhadiran boleh dianggap masaalah menyesuaikan diri (maladaptive).

Perangai tidak normal menyalahi piwaian masyarakat. Apabila seseorang tidak mematuhi aturan moral dan masyarakat, kelakuan ini dianggap abnormal. Bagaimanapun, sejauh mana pelanggaran ini dan berapa kerap ia di langgar oleh orang lain perlu di ambil kira.

Unsur lain abnormaliti adalah tabiat diluar kebiasaan akan menyebabkan ketegangan ketidakselesaan masyarakat (social discomfort) bagi mereka yang melihat kelakuan seperti itu. Tidak waras dan tidak dapat dijangkakan adalah unsur lain bagi perangai luar biasa.

Yang utama adalah sama ada mereka yang menunjukkan tingkah-laku ini mampu mengawal perangai mereka. Jiga mereka gagal, perangai ini lebih cenderung dianggap luar biasa. Kriteria piawaian dalam psikologi dan psikiatri adalah penyakit mental. Penentuan ketaknormalan (abnormality) adalah berdasarkan diagnosis perobatan. .

0 comments:

¿Sampaikan Saran Dan Kritik Yang Membangun?

 
Mari Kita Baca Bersama | Copyright © 2011 Diseñado por: compartidisimo | Con la tecnología de: Blogger